Tuesday 18 December 2012

JOM KITA SAMA-SAMA HISAB DIRI


SABDA RASULULLAH S.A.W:
“Tiga golongan dari umatku mengisi Neraka Jahanam selama umur dunia tujuh kali. Mereka ialah orang yang gemuk kurus, orang yang berpakaian tetapi telanjang dan orang alim jahil. Adapun orang yang gemuk kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuhnya tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (dia berpakaian nipis hingga berbayang bentuk tubuhnya atau terlalu ketat) dan orang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi”.

KATA TOK NENEK:
Adakah air yang penuh di dalam tong itu berkocak, melainkan air yang setengah tong itulah yang berkocak. Kita golongan yang mana?
*Banyak cakap tanda tidak banyak ilmu.

Thursday 13 December 2012

RENUNGAN


SABDA RASULULLAH S.A.W:
“Ada dua perkara yang ringan dan sedikit jumlahnya yang mengerjakannya. Jika dua perkara itu dilakukan oleh seorang Muslim, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga, iaitu solat 5 waktu dan bertasbih 10 kali, bertahmid 10 kali dan bertakbir 10 kali. Yang diucapkan setelah solat fardu, maka hal itu sama dengan 150 lisan, akan tetapi sama dengan 1500 pahalanya di dalam timbangan”.

KATA TOK NENEK:
Kehidupan moden seperti antah berkumpul bersama antah, beras bersama beras. Tak bolehkah ikut sunnah Nabi?
·      Bergaul sama Status

Tuesday 11 December 2012

AUDIT DIRI

AUDIT DIRI UNTUK SEDAR DIRI





KEJERNIHAN HATI

Mereka yang memiliki hati yang jernih spontan dalam hidupnya akan:



     *Timbul rasa malu terhadap Allah kerana
       terasa sentiasa diperhati  dan diawasi.
     *Timbul rasa syukur atas segala nikmatNya.
     *Timbul rasa takut kepada Allah kerana
sentiasa berada dalam kekuasaanNya.
*Timbul kemahuan untuk melaksanakan
 syariat Allah tanpa tertangguh-tangguh
 kerana maut boleh datang tanpa diduga dan
 tiba-tiba.

Monday 10 December 2012

KEPENTINGAN ILMU


MARI BICARA TENTANG ILMU
Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan kepada setiap manusia. Manusia tidak lari dari memiliki perasaan ingin tahu dan berusaha menambah ilmu pengetahuan. Ilmu sangat penting dalam menjalani kehidupan dan menjadi keperluan utama manusia.  Tanpa ilmu seseorang itu dipandang hina oleh masyarakat. Manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan ibarat “melukut di tepi gantang”.
Manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Dengan anugerah tersebut manusia berusaha memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan yang akan dijadikan bekal di dunia dan di akhirat. Sudah menjadi adat dalam kehidupan terdapat perbezaan pangkat atau kedudukan antara manusia kerana memiliki ilmu pengetahuan. Yang berpelajaran akan berjawatan tinggi dan bergaji mahal, manakala yang tidak berpelajaran menjadi kuli dan seringkali tidak cukup makan. Namun perlu diingat, kekayaan yang dimiliki tidak bermakna tanpa ilmu pengetahuan, begitu juga jika sombong dan bongkak kerana mempunyai pangkat dan kedudukan.
Dalam Islam, ilmu terbahagi dua iaitu ilmu fardu ain dan kedua, ilmu fardu kifayah. Kedua-dua bahagian ilmu ini perlu dimiliki oleh setiap muslim agar memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Kedua-dua ilmu  tersebut merangkumi semua ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan keagamaan seperti fekah dan usuluddin, dan ilmu keduniaan seperti perubatan, sains dan sebagainya.

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
1.   Allah Taala meninggikan kedudukan, pangkat dan darjat bagi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
2.   Memperolehi kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
3.   Berguna kepada agama, diri sendiri, masyarakat dan negara.
4.   Ahli ilmu (ulama) mendapat kedudukan istimewa dan akan memberi syafaat di akirat kelak.
5.   Menuntut ilmu lebih besar ganjaran pahala daripada bersembahyang sunat.
6.   Allah kasih kepada orang yang menuntut ilmu.

Tuesday 4 December 2012

SOLAT DHUHA


KHASIAT DAN FADILAT
1.       Sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“ Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan”.

2.       Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat”.

3.       Sabda Rasulullah dalam hadis yang lain:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuha dua rakaat”.

4.       Di dalam hadis yang lain diterangkan bahawa:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.

CARA MENGERJAKANNYA
1.       Solat Dhuha boleh dikerjakan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat, 10 rakaat atau 12 rakaat. Setiap 2 rakaat disudahi dengan satu salam.
2.       Waktu Solat ialah ketika matahari naik kira-kira segalah sehingga tergelincirnya matahari masuk ke waktu Zohor.
NIAT DAN LAFAZNYA
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
“Sahaja aku solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.
(1)    Cara pertama dalam bacaan:
a.       Rakaat Pertama : Selepas baca Surah Al-Fatihah, baca surah As-Syams.
b.      Rakaat Kedua : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Lail.

(2) Cara Kedua dalam bacaan:
a.       Rakaat Pertama : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca ayat al-Kursi 7X.
b.      Rakaat Kedua : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca ayat al-Kursi 11X.


Sunday 2 December 2012

HUKUM TINGGAL SOLAT

Para ulama' telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma' Ulama'. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Pengertian suci ialah tidak ketika datang haid atau nifas, tidak berada dalam keadaan gila atau pitam. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah, 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah, 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)


Sumber : http://doaharian.blogspot.com/2005/12/hukum-meninggalkan-sembahyang.html