KHASIAT DAN FADILAT
1.
Sabda Rasullullah s.a.w
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“ Siapa saja yang dapat mengerjakan solat
Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu
seluas lautan”.
2.
Sabda Rasulullah s.a.w.
lagi:
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan
menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha
kecuali hanya orang-orang yang bertaubat”.
3.
Sabda Rasulullah dalam
hadis yang lain:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi
bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah,
setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang
kejahatan itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat
Dhuha dua rakaat”.
4.
Di dalam hadis yang lain
diterangkan bahawa:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang
dinamakan “Dhuha”. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, berserulah
(malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha?
Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.
CARA MENGERJAKANNYA
1.
Solat Dhuha boleh
dikerjakan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat, 10 rakaat atau 12 rakaat. Setiap 2
rakaat disudahi dengan satu salam.
2.
Waktu Solat ialah ketika
matahari naik kira-kira segalah sehingga tergelincirnya matahari masuk ke waktu
Zohor.
NIAT DAN LAFAZNYA
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
“Sahaja aku solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.
(1)
Cara pertama dalam bacaan:
a.
Rakaat Pertama : Selepas baca Surah Al-Fatihah, baca surah
As-Syams.
b.
Rakaat Kedua : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah
Al-Lail.
(2) Cara Kedua dalam bacaan:
a.
Rakaat Pertama : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca ayat
al-Kursi 7X.
b.
Rakaat Kedua : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca ayat
al-Kursi 11X.