Tuesday 4 December 2012

SOLAT DHUHA


KHASIAT DAN FADILAT
1.       Sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“ Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan”.

2.       Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat”.

3.       Sabda Rasulullah dalam hadis yang lain:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuha dua rakaat”.

4.       Di dalam hadis yang lain diterangkan bahawa:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.

CARA MENGERJAKANNYA
1.       Solat Dhuha boleh dikerjakan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat, 10 rakaat atau 12 rakaat. Setiap 2 rakaat disudahi dengan satu salam.
2.       Waktu Solat ialah ketika matahari naik kira-kira segalah sehingga tergelincirnya matahari masuk ke waktu Zohor.
NIAT DAN LAFAZNYA
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
“Sahaja aku solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.
(1)    Cara pertama dalam bacaan:
a.       Rakaat Pertama : Selepas baca Surah Al-Fatihah, baca surah As-Syams.
b.      Rakaat Kedua : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Lail.

(2) Cara Kedua dalam bacaan:
a.       Rakaat Pertama : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca ayat al-Kursi 7X.
b.      Rakaat Kedua : Selepas baca surah Al-Fatihah, baca ayat al-Kursi 11X.


5 comments: